Wednesday, November 20, 2013

Sukan Pedalaman Negeri Sabah 12 Oktober 2013..

Salam keceriaan kpd semua pembaca...  Kali ini saya ingin kongsikan sedikit tentang Sukan Pedalaman Negeri Sabah yang telah diadakan pada 11 hingga 13 Oktober yang lalu bertempat di Kompleks Sukan Keningau Sabah. Sukan tersebut telah disertai oleh 24 buah daerah di seluruh Sabah yang terdiri daripaada sekolah-sekolah pedalaman 2 dan 3.  Semasa sukan tersebut, SKNL merupakan  sekolah yang terpilih untuk bertanding dalam acara balapan & padang bersama-sama dengan SK Pulau Lubukan  yang bertanding dalam acara sukan & permainan untuk mewakili daerah Sandakan  ke peringkat negeri.  Pasukan SKNL terdiri daripada 10 org peserta iaitu 5 lelaki & 5 perempuan.  Antara acara yang disertai adalah 100m lelaki & perempuan, 4x100m lelaki & perempuan, 4x200m lelaki & perempuan, acara lontar peluru lelaki & perempuan dan acara lompat jauh lelaki & perempuan.  Sebaik sahaja diumumkan akan mewakili daerah, pasukan olahraga SKNL berlatih dengan gigih dan penuh semangat dibawah bimbingan Juratih En. Amirin dan Pn. Nor Farinah bersama dengan Pengurus pasukan iaitu En. Ramanshah Hj Sahrun dan Cik Aryanis Aribin.  Namun tidak ketinggalan juga Pentadbir-pentadbir sekolah turut turun padang untuk membantu pasukan olahraga sekolah membuat persiapan dalam semua aspek. Secara ringkasnya, pasukan SKNL tiba di Keningau pada 11 Oktober dan bertanding pada 12 Oktober seterusnya bertolak balik ke Sandakan pada 13 Oktober.   Walaupun tidak memenangi sebarang pingat, namun cukup membanggakan kerana pasukan Olahraga  SKNL beraksi sehingga ke peringkat akhir dalam acara balapan dan meletakkan daerah Sandakan di tangga ke-6 teratas yg terbaik daripada 24 buah daerah.  Secara peribadi, saya amat berbangga dengan prestasi mereka kerana mencuba yang terbaik dan mempunyai semangat juang yang bersungguh-sungguh dalam sukan tersebut.. Syabas & Tahniah kepada pasukan Olahraga SKNL.  Dan ini pula antara gambar kenangan yg sempat saya rakamkan semasa sukan tersebut...  Check it out... 

Dikesempatan ini, bagi pihak sekolah, saya ingin juga mengambil kesempatan untuk mengucapkan terima kasih kepada Pihak Bank Rakyat caw. Sandakan & juga PIBG SKNL yang telah memberikan sumbangan  sebagai tanda sokongan kepada pasukan kontijen Sandakan..... 


Dan terima kasih juga kepada semua individu yg telah menyumbangkan tenaga dalam membantu pasukan olahraga SKNL..

"You'll never walk alone "

Tuesday, November 19, 2013

Sukan Pedalaman 18 Sept 2013

Pada 18 September yang lalu, SKNL telah menghantar pasukan olahraga ke sukan pedalaman peringkat daerah Sandakan.  Sebanyak 8 buah sekolah menghantar  pasukan olahraga mereka.  SKNL menghantar seramai 14 orang ahli pasukan olahraga, Pasukan SKNL telah beraksi dengan sangat baik semasa sukan ini.. Dalam acara padang & balapan, pasukan olahraga telah menjadi johan dalam acara 100M lelaki & perempuan, 200M lelaki & perempuan, 4 x 100 M lelaki & perempuan dan 4 x 200m lelaki & perempuan. Dalam acara lontar peluru peserta lelaki mendapat tempat ke2 dan perempuan menjadi johan.  Dalam acara lompat jauh pula, peserta lelaki telah menduduki tempat ke3 dan perempuan menduduki tempat ke3.  Olahragawan dan Olahragawati pula disandang oleh adik Arby Mohd Shaffiq Usman dan Adik Thydaphne David.  Kedua-dua mereka ini merupakan peserta daripada SKNL.   Dalam acara kejohanan ini, pasukan olahraga SKNL telah diumumkan sebagai wakil daerah Sandakan ke peringkat negeri ke Sukan Pedalaman Negeri Sabah.   


A - Pasukan Olahraga lelaki & perempuan bersama  medal yg mereka menangi.
B - Dari kiri Nor Mazihah Binti Majuni ( peserta terbaik bola jaring), 
       Arby Mohd Syaffiq Bin Usman ( Olahragawan), Thydaphne David (Olahragawati).
C - Pasukan Olahraga  dengan Guru & AKS wanita bergambar bersama YDP PIBG, Tn Hj Jawila.
D - Pasukan Olahraga  dengan Guru & AKS lelaki bergambar bersama YDP PIBG, Tn Hj Jawila.

Manakala dalam acara sukan & permainan, pasukan Sepak takraw SKNL telah menduduki tempat yang ke2 dan pasukan bola jaring SKNL telah menjadi johan.  Seorang peserta daripada pasukan bola jaring telah menjadi peserta terbaik dalam acara tersebut.


Pasukan Bola Jaring & Pasukan Sepak Takraw menghabadikan kenangan bersama-sama dengan Jurulatih, Pentadbir sekolah   dan juga YDP PIBG.

GooD JoB Everyone....

Certia Tentang Hari itu dan Semalam...

Assalamualaikum Wbt... Salam keilmuan kpd semua warga pembaca...juga kpd warga SK Nunuyan Laut... Rasanya masih belum terlambat lagiuntuk saya untuk berkongsi aktiviti yg telah berlangsung di SKNL sepanjang tahun ini... Antaranya seperti Kem Bestari Solat (KBS), Klinik UPSR, Kem 1murid 1sukan, Kem membaca 1Malaysia (KM1M), Sukan Pedalaman,Kejohanan sukan tahunan dan juga Majlis Anugerah Kecemerlangan Pelajar (MAKEP) dan Graduasi Prasekolah.  Beberapa aktiviti tersebut ada dlm dokumentasi saya, jadi boleh lah dikongsikan bersama... jom check it out....

Saturday, January 19, 2013

Taklimat Bantuan RM100 murid

Assalamualaikum kepada semua pembaca....
Nampak gayanya bantuan persekolahan Rm100 untuk pelajar sekolah mula diberikan sejak pembentangan bajet 2012 tidak terhenti setakat itu sahaja.  Rakyat Malaysia khususnya bagaikan mendapat durian runtuh setiap tahun.  Bantuan ini diteruskan juga dalam siri bajet 2013 kali ini dengan nilai yang sama..

Ini adalah sedikit butiran tentang Bantuan RM100 untuk pelajar sekolah: 

  • Diberikan kepada semua pelajar sekolah Rendah & sekolah Menengah (5.4 juta pelajar)
  • Bantuan RM100 untuk pelajar sekolah ini akan mula dibayar bermula Januari 2013
  • Peruntukkan sebanyak RM540 juta
Justeru untuk memastikan  lagi pembahagian bantuan tersebut berjalan dengan lancar dan teratur, pihak sekolah mengambil langkah awal dengan mengadakan Taklimat Bantuan Awal Persekolahan.  Taklimat ini diadakan pada 17 Januari yang lalu pada pukul 8.30 pagi bertempat SK Nunuyan Laut. Mesyuarat tersebut dihadiri oleh En. Mohd Busrah Nordin (Guru Besar), Tn Hj Jawila Hj Nawang (YDP PIBG), En. Esnan Sayuti (GPK HEM), En. Ramanshah HJ Sahrun (GPK KOKUM) dan telah dipengerusikan oleh En. Kelana Hj Hamros (GPK Pentadbiran).  Kehadiran ibu-ibu dan bapa-bapa murid pada hari tersebut sangat memuaskan.  Gambar dibawah ini merupakan suasana pada hari taklimat tersebut yang sempat saya kandid..


Dalam taklimat tersebut, YDP PIBG sempat berpesan kepada para hadirin supaya memanfaatkan bantuan tersebut untuk keperluan murid sepenuhnya.  Turut menyampaikan ucapan ialah Guru Besar SKNL.  Beliau berpesan kepada ibu bapa supaya membawa dokumen yang diperlukan supaya penyerahan bantuan tersebut berjalan dengan lancar.  Taklimat tersebut berakhir pada pukul 10.00 pagi.

Semoga dengan adanya bantuan tersebut,  dapat meringankan beban ibu bapa untuk menyediakan keperluan persekolahan anak-anak mereka terutamanya alat kelengkapan belajar.  
Salam dari penulis....

Wednesday, January 16, 2013

Perhimpunan 2013

Salam kepada semua pembaca.. Gambar yang anda sedang lihat sekarang ini ialah Perhimpunan rasmi sekolah yang diadakan pada setiap hari Isnin setiap minggu persekolahan.  Semasa gambar ni diambil, murid-murid sedang membaca ikrar pelajar yang diketuai oleh adik Nirwan Shah Nursi dari tahun 4.  Perhimpunan ni merupakan perhimpunan kali ke-2 untuk tahun 2013.  

Gambar di atas pula ialah ucapan alu-aluan  dan amanat daripada Tuan Guru Besar iaitu En. Mohd Busrah Nordin.  Dalam ucapannya, beliau amat berbangga kepada kehadiran murid-murid yang sangat memberangsangkan.  Beliau juga memuji murid-murid yang ditugaskan untuk menjayakan perhimpunan tersebut iaitu murid-murid tahun 3 dan juga tahun 4 yang bertugas menjadi pengacara majlis perhimpunan, mengetuai ikrar, mengetuai bacaan doa dan memimpin nyanyian lagu wajib perhimpunan.  Menurut beliau,  murid-murid yang bertugas menjalankan tugas dengan baik majlis perhimpunan berjalan dengan lancar.   Tambah beliau lagi mereka ini harus dijadikan contoh kepada semua murid dalam menerapkan sifat keyakinan dan kesungguhan yang tinggi dalam melaksanakan tugas yang diberi.

Semasa perhimpunan ini,  Ustaz Rosli selaku guru disiplin sekolah telah mengumumkan perlantikan pengawas-pengawas sekolah yang telah dipilih. Semua pengawas yang telah dipilih telah diberi sijil perlantikan, buku peraturan sekolah dan juga lencana pengawas yang disampaikan sendiri oleh guru besar.
Gambar di atas merupakan Ketua Murid dan juga Penolong Ketua Murid yang diberi tanggungjawab mengetuai unit pengawas sekolah.  Pada tahun ini adik Mohd Alif Mohd Busrah telah dipilih menjadi Ketua Murid dan adik Nurul Amira Kelana dipilih menjadi Penolong Ketua Murid.

Inilah dia pengawas-pengawas SKNL yang diberi tanggungjawab untuk memastikan peraturan sekolah dipatuhi.  Diharapkan murid-murid yang terpilih ini menjalankan tanggungjawab mereka dengan jujur dan bertanggungjawab serta menjadi contoh yang baik kepada rakan-rakan mereka yang lain.. 
Selamat Menjalankan Tugas, syabas dan tahniah kepada semua pengawas SKNL..

~~Ciri orang yang beradab ialah dia sangat rajin dan suka belajar, dia tidak malu belajar daripada orang yang berkedudukan lebih rendah darinya ~~ Confucius ~~


Mesyuarat Agung SKNL

Dari kiri : PK Kokum, PK HEM, Guru Besar, PK Pentadbiran

Pada 11 Januari 2013, bertempat di kelas tahun 1 SK Nunuyan Laut, sekali lagi mesyuarat agung sekolah diadakan bagi membincangkan semula hal-hal berbangkit dalam bahagian kurikulum, kokurikulum dan juga hal ehwal murid.  Mesyuarat tersebut bermula pada pukul 1.50 pm dan berakhir pada pukul  4.30 pm. Beberapa hal berbangkit dibincangkan semula untuk mendapatkan kata sepakat  semua warga SKNL.  Dalam mesyuarat yang dipengerusikan oleh PK Pentadbiran iaitu En. Kelana Hj Hamros, Guru Besar iaitu En. Mohd Busrah Nordin menyeru kepada semua guru untuk bekerjasama meningkatkan pencapaian dalam peperiksaan UPSR pada tahun ini dan juga prestasi keseluruhan sekolah.  Beliau berharap program yang telah dirancang bagi mencapai matlamat tersebut, berjalan dengan lancar dan mendapat kerjasama daripada semua guru.  Selain daripada itu, beliau mengingatkan kepada semua guru agar sentiasa memastikan buku rekod mengajar dikemaskini dan dihantar untuk disemak tepat pada waktunya.  Sementara PK HEM, En. Esnan Sayuti pula menyuarakan tentang pendaftaran masuk tahun 1, bantuan untuk murid, pengemaskinian data murid dan juga lembaga disiplin.  Manakala PK Kokurikulum iaitu En. Ramanshah Hj Sahrun pula membentangkan perubahan dalam carta organisasi Kokurikulum dan persiapan lain untuk aktiviti kokurilum seperti 1m1s, perkhemahan, sukantara dan kejohanan sukan tahunan.

Di akhir mesyuarat, PK Pentadbiran mengingatkan semua guru sekali lagi agar tidak memandang remeh pada tugas dan tanggungjawab masing-masing dan mengambil berat amanat yang disampaikan oleh guru besar.  Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada semua guru yang hadir untuk mesyuarat tersebut.

Saturday, January 12, 2013

Salam 2013



Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Alhamdulillah syukur kehadrat Ilahi kerana diberikan kesempatan untuk berkongsi  ilmu di dalam blog ini.  Tahun 2012 telah pun berlalu dengan meninggalkan 1001 kesan, kenangan yang pahit dan manis, suka dan duka gembira dan tawa, sedih dan tangisan dan macam2 lagi yang telah berlalu bersama-sama dengan tahun 2012.  
Tahun 2013 membuka tirainya untuk kita sama-sama memperbaiki kelemahan dan kita belajar memperbaiki diri dari  kesilapan yang telah kita lakukan.   Kita manusia insan yang lemah tidak pernah terlepas daripada melakukan kesilapan. Wallahu a’lam.  Tapi, kesilapan yang sama berulang lagi menunjukkan betapa kita tidak tahu untuk berubah dan sama seperti gambaran peribahasa  "katak bawah tempurung".  
Mungkinkah tahun 2013 menjanjikan sesuatu yang lebih baik untuk kita?  Mungkin ya kalau nawaitu kita berada di landasan yang betul dan mungkin juga tidak apabila kelalaian  sudah berjalur lebar dalam pemikiran hati nurani kita.  Walau apa pun, diharapkan  pada tahun ini , hijrah kita membuka tirai baru untuk menjadi manusia yang lebih baik dan menjalankan tanggungjawab kita sebagai insan  yang diamanahkan oleh-Nya... InsyaAllah....
Untuk warga SKNL, semoga tahun ini memberi ruang sesama kita untuk memperbaiki diri dan bersama-sama mengejar kejayaan.  Gandakan Usaha dan galas lah tanggungjawab kita dengan penuh amanah dan dedikasi.  Semoga apa yang kita rancangkan tahun ini  berjaya di capai dan di laksanakan.. ... dengan izin-Nya jua.. InsyaAllah..
Sehingga bertemu lagi dengan khabar berita dari pulau di masa hadapan..salam 2013, salam 1 malaysia.. Assalamuaikum Wbt.....