Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Alhamdulillah syukur kehadrat Ilahi kerana diberikan kesempatan untuk berkongsi ilmu di dalam blog ini. Tahun 2012 telah pun berlalu dengan meninggalkan 1001 kesan, kenangan yang pahit dan manis, suka dan duka gembira dan tawa, sedih dan tangisan dan macam2 lagi yang telah berlalu bersama-sama dengan tahun 2012.
Tahun 2013 membuka tirainya untuk kita sama-sama memperbaiki kelemahan dan kita belajar memperbaiki diri dari kesilapan yang telah kita lakukan. Kita manusia insan yang lemah tidak pernah terlepas daripada melakukan kesilapan. Wallahu a’lam. Tapi, kesilapan yang sama berulang lagi menunjukkan betapa kita tidak tahu untuk berubah dan sama seperti gambaran peribahasa "katak bawah tempurung".
Mungkinkah tahun 2013 menjanjikan sesuatu yang lebih baik untuk kita? Mungkin ya kalau nawaitu kita berada di landasan yang betul dan mungkin juga tidak apabila kelalaian sudah berjalur lebar dalam pemikiran hati nurani kita. Walau apa pun, diharapkan pada tahun ini , hijrah kita membuka tirai baru untuk menjadi manusia yang lebih baik dan menjalankan tanggungjawab kita sebagai insan yang diamanahkan oleh-Nya... InsyaAllah....
Untuk warga SKNL, semoga tahun ini memberi ruang sesama kita untuk memperbaiki diri dan bersama-sama mengejar kejayaan. Gandakan Usaha dan galas lah tanggungjawab kita dengan penuh amanah dan dedikasi. Semoga apa yang kita rancangkan tahun ini berjaya di capai dan di laksanakan.. ... dengan izin-Nya jua.. InsyaAllah..
Sehingga bertemu lagi dengan khabar berita dari pulau di masa hadapan..salam 2013, salam 1 malaysia.. Assalamuaikum Wbt.....