Sunday, January 3, 2010

SESI BARU PERSEKOLAHAN 2010 SKNL

SELAMAT MEMULAKAN PERSEKOLAHAN SESI 2010


Selamat kembali kepada semua warga SKNL dan Selamat Datang kepada guru-guru serta staf SKNL.
Setelah beberapa lama pelajar-pelajar kita bercuti panjang kini mereka akan kembali semula ke sekolah untuk sesi baru persekolahan. Para ibu bapa sudah tentu merasa gembira melihat anak-anak mereka kembali semula ke sekolah. Mereka mengharapkan anak-anak mereka nanti akan menjadi insan yang berilmu dan berguna kepada agama, bangsa dan negara.
Ketika murid-murid melangkah memasuki pintu pagar sekolah khususnya pada sesi baru persekolahan, bererti mereka telah berada dalam dunia ilmu. Inilah peluang untuk mereka menuntut ilmu. Tidak dilupakan, warga SKNL mengucapkan selamat datang dan selamat bertugas kepada guru baru En.Suhaimi.
  • Ucapan Guru Besar, En.Mohd Busrah Bin Nordin. Bersyukur kepada Ilahi kerana kita semua dipanjangkan umur dapat berjumpa pada tahun 2010. Semoga masing-masing berazam pada tahun ini kita dapat meningkatkan lagi usaha dalam pelajaran dan kerjaya kita. Sumbangan semua diperlukan untuk mengharumkan nama sekolah. Beliau berharap tahun ini ada peningkatan dalam semua peringkat kurikulum, kokurikulum dan sahsiah bagi menjulang nama sekolah di daerah Sandakan. Sempena peperiksaan UPSR yang lalu, Guru Besar mengucapkan tahniah kepada yang berjaya mencapai keputusan cemerlang.
  • Ucapan Penolong Kanan 1, En.Kelana Bin Hj.Hamros.Beliau mengharapkan pelajar dapat membuat penambahbaikan dari segi disiplin dan pembelajaran agar dapat meningkatkan kualiti pembelajaran dan mencapai kejayaan dalam penilaian sem 1,2 & UPSR 2010.

  • Ucapan Guru Kanan HEM , En.Esnan Bin Sayuti. Menasihatkan agar semua pelajar mengikuti dan patuh pada disiplin sekolah sepanjang masa berada di SKNL.
BERILMU BERAMAL , SKNL