Assalamualaikum kepada semua pembaca....
Nampak gayanya bantuan persekolahan Rm100 untuk pelajar sekolah mula diberikan sejak pembentangan bajet 2012 tidak terhenti setakat itu sahaja. Rakyat Malaysia khususnya bagaikan mendapat durian runtuh setiap tahun. Bantuan ini diteruskan juga dalam siri bajet 2013 kali ini dengan nilai yang sama..
Ini adalah sedikit butiran tentang Bantuan RM100 untuk pelajar sekolah:
- Diberikan kepada semua pelajar sekolah Rendah & sekolah Menengah (5.4 juta pelajar)
- Bantuan RM100 untuk pelajar sekolah ini akan mula dibayar bermula Januari 2013
- Peruntukkan sebanyak RM540 juta
Justeru untuk memastikan lagi pembahagian bantuan tersebut berjalan dengan lancar dan teratur, pihak sekolah mengambil langkah awal dengan mengadakan Taklimat Bantuan Awal Persekolahan. Taklimat ini diadakan pada 17 Januari yang lalu pada pukul 8.30 pagi bertempat SK Nunuyan Laut. Mesyuarat tersebut dihadiri oleh En. Mohd Busrah Nordin (Guru Besar), Tn Hj Jawila Hj Nawang (YDP PIBG), En. Esnan Sayuti (GPK HEM), En. Ramanshah HJ Sahrun (GPK KOKUM) dan telah dipengerusikan oleh En. Kelana Hj Hamros (GPK Pentadbiran). Kehadiran ibu-ibu dan bapa-bapa murid pada hari tersebut sangat memuaskan. Gambar dibawah ini merupakan suasana pada hari taklimat tersebut yang sempat saya kandid..
Dalam taklimat tersebut, YDP PIBG sempat berpesan kepada para hadirin supaya memanfaatkan bantuan tersebut untuk keperluan murid sepenuhnya. Turut menyampaikan ucapan ialah Guru Besar SKNL. Beliau berpesan kepada ibu bapa supaya membawa dokumen yang diperlukan supaya penyerahan bantuan tersebut berjalan dengan lancar. Taklimat tersebut berakhir pada pukul 10.00 pagi.
Semoga dengan adanya bantuan tersebut, dapat meringankan beban ibu bapa untuk menyediakan keperluan persekolahan anak-anak mereka terutamanya alat kelengkapan belajar.
Salam dari penulis....
No comments:
Post a Comment