Wednesday, August 16, 2017

Wajah baru blog SKNL


Syukur Alhamdulillah.. akhirnya dapat juga tukar 'wajah' blog SKNL. Terima kasih diucapkan kepada beberapa tutorial blog yang saya kunjungi kerana berkongsi tips2 yang sangat berkesan untuk saya mencantikkan blog sekolah. Walaupun tak secantik mana, tapi bagi saya cukup sekadar sedap mata memandang. Sememangnya masih terdapat banyak kekurangan yang perlu diperbaiki dalam blog ini, Insyaallah akan dibuat secara perlahan-lahan sebabnya saya sendiri pun masih dalam proses belajar cara buat blog. Dan untuk pertama kalinya saya menulis di blog ini, saya ingin bermula dari perkara paling asas.. Perkenalkan.. ini lah dia Sekolah Kebangsaan Nunuyan Laut...


Dan ini pula adalah wajah-wajah yang bertanggungjawab dalam pentadbiran sekolah...
Dihadapan sekali ialah Guru Besar SKNL iaitu Encik Mohd Busrah Nordin. Manakala yang berdiri dibelakang bermula dari kanan ialah Pen. Kanan Kokurikulum iaitu Encik Ramanshah Hj Sahrun, Pen. Kanan Pentadbiran iaitu En. Kelana Hamros dan tepi sekali yang berbaju krim ialah Pen. Kanan HEM iaitu Encik Esnan Sayuti.

Mungkin pada masa akan datang saya akan cuba memperkenalkan pula Guru-guru SKNL dan juga AKS yang menjadi tulang belakang sekolah. sehingga itu... sampai bertemu lagi...

Sejarah....

ASAL USUL PERKAMPUNGAN NELAYAN DI PULAU NUNUYAN

Ironinya, etnik Bajau Laut diiktiraf sebagai penduduk asli di Sabah malah, mereka ialah salah satu etnik awal di kepulauan Borneo sejak berabad-abad lama serta sejak kewujudan bangsa Melayu di Nusantara.
“Dulu dan kini penempatan etnik Bajau terletak di tengah-tengah laut. Cuma yang membezakan, pada hari ini tidak lagi tinggal di atas perahu besar dan berpindah randah berpandukan arah angin. Sebaliknya,  membina rumah di atas air laut dengan menggunakan kayu bakau.
“ Masih menggunakan perahu dan bot sebagai pengangkutan utama untuk ke bandar atau mencari rezeki di lautan. fasa perubahan daripada rumah perahu ke rumah kayu yang didirikan di atas air menjanjikan nikmat kehidupan yang lebih baik. Paling penting, masa depan anak-anak terjamin kerana mereka berpeluang pergi ke sekolah,”  mengenai etnik Bajau Laut yang menghuni perkampungan nelayan di Pulau Nunuyan Laut yang dipercayai berusia 300 tahun.
  Pekerjaan utama penduduk di sana ialah nelayan memandangkan kehidupan mereka dikelilingi dengan laut. Biasanya, nelayan akan ke Laut Sulu, selama tiga hari untuk menangkap ikan. Paling singkat pun, mereka akan keluar mencari rezeki seawal pukul 5 pagi dan pulang pada pukul 8 malam.
Meskipun hidup ibarat kais pagi makan pagi, kais petang makan petang, tetapi  sentiasa berusaha meningkatkan taraf hidup warga Pulau Nunuyan Laut. Selain memastikan fasiliti 

asas seperti elektrik, air, sekolah dan dewan serbaguna,  Hasil tangkapan di laut dijual di pasar-pasar di bandar untuk memperoleh pendapatan yang lebih tinggi.


credit : http://mamaaktif24.blogspot.my/