Friday, May 18, 2012

PUB

Salam kepada semua pembaca..

Sudah seminggu Perkhemahan Unit Beruniform (PUB) berakhir. Namun begitu, kepenatan, keperitan, kegembiraan dan keseronokan hari p masih lg terasa. Mengenang kembali hari PUB tersebut, secara peribadi, saya berasa amat gembira sepanjang tempoh PUB tersebut. Walaupun terdapat kekurangan dalam menjayakan hari tersebut, tapi itu masih boleh diperbaiki pada masa akan datang. Apa yang menggembirakan adalah kepuasan yang terpancar dikalangan peserta yang juga murid-murid SK Nunuyan Laut (SKNL). Walaupun aktiviti yang telah dirancang sangat padat, namun riak wajah mereka tidak sedikit pun membayangkan kepenatan. Malah rata-rata diantara mereka tidak sabar-sabar untuk melakukan aktiviti yang seterusnya. Tidak kurang juga hebatnya kerjasama padu AJK Pelaksana yang terdiri dikalangan guru-guru, AKS, AJK PIBG dan belia-belia Kg Pulau Nunuyan Laut. Tanpa mengira penat lelah dan masa rehat yang tidak menentu, semua AJK pelaksana bertungkus lumus untuk memastikan PUB kali ini berjalan dengan lancar terutamanya aktiviti yang melibatkan murid. Rasanya tidak seronok membaca sahaja tanpa melihat bagaimana agaknya perjalanan hari PUB tersebut. Justeru, saya ingin kongsikan bersama anda beberapa keping gambar kenangan yang sempat di ‘kandid’ oleh saya sendiri pada hari PUB tersebut. ZoooOOmmm…

Kita makan dulu...


Aktiviti Ikhtiar Hidup
Hasil masakan murid untuk aktiviti Ikhtiar Hidup
Bahan yang dibekalkan : Ikan lumahan seekor, telur sebiji, 2 cupak beras, buluh lemang, anak mancis 3 batang.
Rasa-rasa boleh hidup tak??????

Aktiviti Bantu Mula
Penceramah jemputan : Jururawat Masyarakat Kampung Pulau Nunuyan Laut
Cik Azlinah Ali
Cik Bibiana Ungiring

Aktiviti Kraf Alam
Hasil Kraf setiap Kumpulan

Gambar Kenangan sebelum buka Khemah
Ini sahaja yang dapat saya kongsikan dengan anda semua. Sebabnya pada hari tersebut, saya memang sangat2 sibuk jadi tidak dapat nak take 'kandid foto' untuk semua aktiviti. Tapi jangan risau, nanti saya akan rujuk kepada AJK Dokumentasi untuk tambahkan lagi gambar kenangan untuk tatapan semua.
_Sehingga bertemu lagi_

Wednesday, May 2, 2012

XPDC Rimba

Hari ini PK Pentadbiran, En. Kelana dan PK Kokum, En Ramanshah bersama-sama beberapa orang guru dan AJK2 PUB memulakan ekspedisi menjelajah rimba untuk membuat persediaan bagi salah satu aktiviti perkhemahan nanti. Mereka bertolak seawal pukul 8.00am dari sekolah dengan membawa kelengkapan2 yang perlu untuk ekspedisi tersebut. Gambar2 di bawah ini sedikit sebanyak menceritakan tentang ekspedisi mereka..
Jom tengok...

Sebelum jalan, team ekspedisi membaca doa memohon perlindungan dari-Nya...
Ekspedisi bermula..


Team xpdc : Tiba di pesisir pantai Kg Nunuyan Laut
Dari kiri : Ust Rosli, En. Rusman, En. Ramanshah
Gambar atas : AJK PUB

PK 1 Memastikan laluan selamat dan kukuh untuk aktiviti yang bakal dijalankan.

Ust Rosli : Membuat tanda tunjuk arah.

Team Ekspedisi akhirnya tiba semula di sekolah pada pukul 12.30 tengahari. Agak jauh jugak rasanya perjalanan jelajah rimba mereka. Selepas melihat gambar2 di atas, saya yakin semakin ramai murid yang tidak sabar2 untuk menanti hari perkhemahan tiba. Tambahan pula aktiviti yang disediakan untuk mereka cukup mencabar tetapi tetap 'enjoy' orang inggeris kata. Walaupun 'enjoy' harus diingat, keselamatan perlu diutamakan. Semoga aktiviti yang bakal dijalankan berjalan dengan lancar dan selamat. Selamat menimba pengalaman baru.....



Tuesday, May 1, 2012

PUB


Salam semua...
Setelah sekian lama, akhirnya suasana hari Perkhemahan Unit Beruniform (PUB) yang ditunggu-tunggu oleh murid tahap 2 akan menjelang tiba pada hujung minggu ini. Kali terakhir SKNL mengadakan perkhemahan adalah pada tahun 2009. Syukur Alhamdulillah, pada tahun ini pihak sekolah dapat mengatasi beberapa kekangan dan berusaha untuk mengadakan perkhemahan Unit Beruniform. Hari ini, beberapa orang guru & AKS yang bertugas turun padang untuk membeli peralatan yang telah dibajetkan dalam kertas kerja perkhemahan. Walaupun peralatan yang dibeli masih belum lengkap sepenuhnya, tapi memadai untuk persiapan awal. Murid-murid pula rasanya sudah membuat persiapan dan tidak sabar-sabar untuk berkampung di padang sekolah untuk merasai pengalaman berkhemah bersama kawan-kawan yang lain. Seperti juga murid, guru-guru dan AKS SKNL juga tidak ketinggalan untuk membuat persediaan perkhemahan.

Perkhemahan sebenarnya mengajar banyak perkara kepada murid-murid dan juga seluruh warga sekolah. Kepada murid contohnya, aspek Pengurusan Masa dan Disiplin adalah yang paling penting semasa perkhemahan dijalankan. Semasa di rumah murid menguruskan diri dan masa sendiri. Tetapi apabila berada dalam perkhemahan murid diajar mengikuti disiplin dan masa yang ditetapkan. Kerjasama juga adalah salah satu aspek penting yang perlu di pelajari oleh murid terutamanya kerjasama sebagai satu kumpulan. Murid mesti faham apa itu kerjasama yang baik dan padu bak kata pepatah "Bersatu kita teguh, Bercerai kita roboh".

Walau apa pun, saya sebagai salah seorang warga sekolah berharap perkhemahan kali ini berjalan dengan lancar seperti yang telah dirancangkan dan objektif perkhemahan akan tercapai.
Semoga berjaya diucapkan kepada AJK pelaksana PUB dan Selamat berkhemah kepada anak-anak watan SKNL..